Happy Cat Kaoani

Friday, June 29, 2012

Rezeki dtg dr mana?

Haiiii, dah ngantuk gaban ni... lg brp min je nk pkol 2.30, lpas tu aku nk tido lepas kejut hubby tgk bola.. hehe


Ok sekarang ni aku nk crite pasal ape eh, sbenanyer xde pape yg perlu diceritakan... Apa yang aku tahu, semua rezki dtg drpada Allah.. Rezki tu bukan nya bersumberkan duit ajer, jodoh pon rezeki juga, sahabt pon rezki jugak, semua perkara2 baik dlm hidup kita semuanya dikatakan rezki..

Yang penting kene selalu berusaha dan berdoa, bila Allah kata rezki tu dah sampai.. adalah tu, yg penting kene la slalu bersyukur bila Allah dah mengurniakan rezki..

Ya, aku memg bersyukur, Allah mengurniakan jodoh kepadaku iaitu suamiku sendiri(i love u so muchhh).. Tak semua orang boleh dpt ciri2 suami seperti yg di inginkan, Aku masih ingt lg, waktu dulu aku byk berdoa, supaya dikurniakan suami yg baik, berakhlak, yg penting x tinggal sembahyang, Allah memakbulkan doaku, syukur sgt ..

Itulah rezki yg Allah beri kepadaku, jalan hidupku.. Aku ni seorang penganggur, selalu aku rasa resah gelisah, lg2 bila aku tgk, semua kawan2, sahabat sudah berkerjaya, aku? masih seorang suri rumah, hampir setahun menganggur tanpa sebarang pekerjaan.. Kerana suamiku kerja di consultant, dgn jwatan sekrg die perlu bertukar2 tempat kerja.. itulah menjadikan aku lebih susah untuk mencari kerja.. Inilah jalan takdirku yg telah Allah tetapkan, cuma aku masih x tahu lg, apakah karier aku akan dtg?

Mengharap untuk bekerja di satu bumbung dgn suamiku bukanlah sesuatu yg mustahil, tp sesuatu yg amat sukar.. lg pon aku ni fresh graduate, siapalah nak menggaji org yg tiada pengalaman sepertiku, kdg2 rs mcm putus asa pon ada.. Tp aku kene sentiasa bersabar...itulah dikatakan belum ada rezki

Baru2 ni, aku keguguran kerana janin dalam perutku tidak membesar dgn sihat, tiada janin, cuma ada uri.. memg rs sedih, tp itulah ketentuan Allah, pasti ada sebab mengapa dia tidak dilahirkan di bumi ini.. mungkin kehidupan aku dan suami masih belum stabil.. jd hold on dulu, :)..org kata, belum ade rezeki

Tapi aku dapat lihat, bagaimana Allah menguji aku dan suami, apa yg kami plan semua x menjadi, malah ke arah yg sebalikknya, dan lebih parah.. Kami terima se adanya, kerna, hanya Allah yg tahu apa yg lebih baik untuk hamba2Nya... Mana ada kesenangan dtg tanpa kesusahan.. selalunya, apabila kesenangan dtg dahulu, pasti kemudiannya di iringi kesusahan, itu perkara biasa... yg penting kita kene tabah dan serahkan semua masalah kita kepada Allah, InsyaALlah, hati akan menjadi tenang.. :)

No comments:

Post a Comment