Happy Cat Kaoani

Wednesday, April 20, 2011

Api cinta (ep.3)

"Assalamualaikum yana, saya sekarang da nak sampai ni, nak masuk mana eh? Parit Raja Darat eh?"

Terdengar di corong telefon bimbit Diana suara seorang lelaki bernama Qayyum. Hari ini first date diorang.

"Eh, bukanlah. Parit Raja Darat tu lain, awak masuk Parit Raja tau. Bukan Parit Raja Darat."

Diana menafikan, Haish mamat ni, boleh sesat pulak ke.
Diana menunggu dengan perasaan ingin tahu. Dia berkira-kira Qayyum adalah seorang yang gemuk, hitam dan tak hensem. Haha, teruk betulla prediction si Diana ni.

Diana pakai simple sahaja. Dia tidak pandai bergaya ataupun mengikut fesyen semasa. Jarang-jarang dia hendak memakai pakaian yang cantik-cantik. Tapi berlainan pula dengan Qayyum, berkemeja. Diana memandang Qayyum dari atas sampailah ke bawah. Prediction Diana semuanya berlawanan, kurus, putih dan cutela.. nak kata hensem tu tak ada dalam kategori tu, sebab muka Qayyum ni muka budak sekolah, walaupun umur sudah tua 3tahun dari Diana.
Kata pakai singlet dengan selipar jepun jer. Tipu la dia ni.Diana mengeluh dalam hati.

Di tangan Qayyum terdapat satu beg kertas lalu di serahkan kepada Diana, Diana membeleknya. Coklat, keychain dan ada sebuah kotak kecil.
Awww, so sweet. Luah hati Diana. Diana perasan, sewaktu Qayyum bercakap dengan Diana, Qayyum langsung tidak memandang Diana, Qayyum seolah-olah menggigil. Tapi Diana abaikan sahaja. Lalu beg kertas itu Diana hantar ke biliknya. Kemudian mereka berdua pun menaiki kereta Kanc. yang dipandu Qayyum. 1st destination adalah Summit Batu Pahat.

Biasala, tempat lepak student memang la di situ sebelum Batu Pahat mall dibuka. Kalau bab tunjuk jalan Diana memang fail, dia hanya main agak-agak sahaja. Kalau betul tu, memang nasib baik sungguhlah. Akhirnya mereka berdua pun sampai la di Summit Batu Pahat.

bersambung...

No comments:

Post a Comment