Happy Cat Kaoani

Tuesday, March 1, 2011

~~Api cintA~~(ep.1)

"kak, tiket bas pegi BP(Batu Pahat), ade tak kak?" berkerut dahi Diana bertanya pada kaunter tiket bas di Puduraya itu.
Sudah lebih 5 kaunter tiket yang die pergi, semuanya hampa. Tiket bas ke Batu Pahat sudah habis dijual. Ini harapan terakhir dia, harap-haraplah ada.

"Habislah dik, dah tak de lagi. Pukul 8malam adela, adik nak?" Oh tidak, Diana semakin gelisah.

Dia memikirkan sesuatu, kenapalah aku tak beli tiket bas awal-awal, adess.
Langsung telefon bimbitnya di dail. Nama Syafiq tertera di skrin, lantas terdengar suara di hujung talian.

"Hello, yana. nape wey?" Suara serak-serak basah menyapa Diana.

"Hello Fiq, kau ade kat mane eh sekarang?"Diana mengajukan soalannya.

"Aku kat rumahlah, kenapa?" Diana lega mendengar jawapan dari Fiq.

"Errmm...aku sekarang ni ada kat Puduraya la. Tiket nak balik dah habis, huu~~." Diana mulakan niatnya.

"Oh, laa. Kenapa kau x beli tiket awal-awal. Takpe2, macam ni, esok kau tumpang aku la. Nasib baik aku x balik lagi." Syafiq seolah-olah mengetahui keinginan Diana.

"Fuhh, terima kasih Fiq. Kaulah sahabat aku, hihi." Gembira hati Diana tak terkata.

Diana terus pergi ke kaunter tiket untuk membeli tiket pulang semula ke rumahnya. Sebelum itu dia menghantar sms kepada ibunya memaklumkan yang dia akan pulang semula ke rumah.

"Pukul 4 petang? lamanya nak tunggu, sekarang baru pukul 2..adoi, platform 12 penuh pulak." Diana mengeluh.

Hari ini adalah hari Sabtu, hari yang penuh dengan berbagai jenis manusia di puduraya. Diana seorang diri, apa yang dia sangat ingin lakukan sekarang ialah mencari tempat duduk dan membeli sebuah buku untuk dibaca. Tak delah boring sangat menunggu nanti.

Diana mencari-cari tempat duduk, akhirnya dia smpai ke platform 20. Lega hati kecil Diana, dia pun melabuhkan punggungnya. Dia melihat sekitar, masih ramai umat manusia. Lantas buku yang baru sahaja dibelinya diselak satu persatu. Kadang-kadang terdengar tawa kecil Diana menghayati buku yang dibacanya. Diana tidak sedar, masa seperti cepat berlalu. Dia hanya tekun dengan bukunya.

"Eh, dah pukul 3.30. Boleh la nak gerak ni" Diana bangun, dia berjalan perlahan menuju ke platform 12. Tiba2 die terdengar suara seseorang memanggilnya.

"kak, tunggu kak...oo kak" seorang budak lelaki melaung2 ke arah Diana. Diana menambahkan speed langkahannya.

"kakkk.. tunggu..tunggu" Budak lelaki itu memintas Diana.

Langkah Diana terhenti, Diana memandang budak lelaki itu. Tubuhnya terlalu tinggi serta memakai topi berwarna coklat cream. Di tangan budak lelaki itu terdapat sehelai kertas kecil. Kertas tersebut dihulur pada Diana.

"Kak, tolong ambil no fon ni kak. Ada abang tu die teringin nak berkenalan dengan akak" Pinta budak lelaki itu.

Diana hanya memandang sinis. Langsung tak disambutnya kertas itu. Dia menggeleng.

"Tak nak lah!" Laung Diana.

"Tolong la kak, ambil la kak." Budak itu merayu.

"Saya kata tak nak, tak nak lah!" Jerit Diana lagi.

"Kak, ambik je dulu kak. kesian abang tu kak." Budak itu tidak berputus asa.

"Ok, saya ambil, tapi buang dalam tong sampah pun takpe kan" Sinis Diana.

"Tak pe kak. Ambil je dulu, kesian dia kak." Budak lelaki itu menghulur lagi kertas kecil tu.

Diana menyambutnya, budak lelaki itu terus pergi dari situ. Kertas kecil di belek dengan teliti. Tertera nama dan nombor telefon.


bersambung....

1 comment: