Happy Cat Kaoani

Thursday, December 8, 2011

pILIHAN raYA DAH nak DeKAt lah!!~~

Common2 people common, korang semua da daftar untuk ngundi kerr... kalau belom meh klik ~~SINI~~

Aku da berumur 24 tahun, tapi aku belom pernah daftar ngundi lg, hahaha... adus, rakyat apakah aku ini, xmau daftar mengundi.

Aku masih ingat lagi, pilihan raya yang lepas, time tu baru jerr cukop umur untuk daftar ngundi. Abg (yang sekarang ni tunang kesayanganku-xlamer lagi suami la tu, hehe) Selalu tanya dah daftar ngundi ke belom. Time tu kitaorg rapat lagi, waktu2 sebelom lost cntct.. Ada jugk abg ajak aku balik samer2 nek bas.. Aku ingt dier Semangat nk balik mengundi.. Rupernyer semangat bercuti, hahaha.. lucu la, kalau kenang balik. :)

Tp aku x balik pon, pasal cuti UTHM time tu x panjang la, xmcm cuti UTM(time tu abg taun akhir kt situ), Hehe, Ok lah, mybe tak lamer lagi aku pon nak daftar ngundi, sbb aku mcm da ade kesedaran sket la nak memilih pemerintah.. Ye la, karang kalu pemerintahan negara teruk, aku jugk tanggung samer kan..hahaha, moh lerr kiterrr...

~~MERLIN~~

Wo hooo, Rasa-rasanyer, ader tak sesaper yg tak kenal namer tu.. itulah siri TV yang aku minat. yeah, aku memg suker ceriter2 fantasy cam tu..criter2 ngarut, sumer aku suker... lagi2 citer kartun.. memg mint laa..haha,

Merlin ni mengisah kan seorang servent(pembantu putera raja) yang berselindung di sebalik magik yg dier ada. Dia lah yang sentiasa melindungi Raja dengan Putera Camelot tu dr anasir2 jahat. King of camelot namer die Uther, Uther sgt bencikan magic, sesiapa rakytnya yang menggunakan magic, kompom2 kene hukum gantung (will be executed) Mana kala putera dier adalah Athur, Athur adalah harapan Merlin supaya magic dapt digunakan dan dihormati semula di Camelot pada saat pemerintahannya nanti.

Tapi ada masalah di mana Lady Morgana, sepatutnyer adalah anak kepada raja tapi raja x nak mengisytiharkan perkara tersebut kerana takot kedudukan Arthur sebagai waris diraja terancam. Di samping Lady Morgana juga di anugerahkan Magic, dan bole menggunakan magic dgn baik.. Lady morgana berdendam dan sangat bencikan Urther, Sudahlah tak nak mengisytiharkan beliau sebagai puteri, dia jugk x boleh menggunakan magic. Disebabkan Morgana tertekan dengan keadaan itu, dia telah dikuasai oleh MAgician2 yang jahat. Dendam dia terhadap Uther menyebabkan dier mahu menjatuhkan Uther, dan hal ini di ambil kesempatan oleh pihak2 yg jht untuk menguasai Camelot (pape jer ayat, tunggang terbalik)..

Naseb baik ada Merlin yang sentiasa jadi penyelamat, kerana dia adalah Magician yang berhati murni dan dia juga adalah dragon Lord. :)..

Photobucket
Ok tak..hehehe,But Morgana is so gorgeous!!

Photobucket

SAKSIKAN MERLIN MUSIM 4, BERMULA 12DIS PKOL 6PM-7PM DI CHANNEL ~~DIVA~~ ASTRO :)

Tuesday, December 6, 2011

Misalan2 yg terdapat di dalam Al-Quran.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh diucapkan kpd rakan2 semua, n xlupe juga pada tunang trcinta (Sa’idah Nadhirah) yg abg sayangi sentiasa hehe.

Al-Quran adalah mukjizat agung yg diturunkn Allah taala kpd umat manusia melalui nabi Muhammad saw sbg panduan hidup kpd manusia. Dgn hidup brpandukan kpd AL-Quran n As-Sunnah, manusia akan selamat n tdak akan sesat buat selama-lamanya.

Di dalam Al-Quran byk trdpt ayat2 misalan, ayat2 perumpamaan, yg mnjadikn manusia sgt mudah ntuk memahaminyer.

Sbgai cth, di dalam surah An-Nur ayat 39, Allah swt menggambarkan amalan yg dilakukan oleh org2 kafir itu tdak brguna, tdk brmanfaat lgsung disisi Allah swt diakhirat kelak n amalan itu tdak dpt menolongnye skalipun amalan itu adalah baik n terpuji. Amalan itu adalah umpama riak sinaran ditengah pdg pasir yg disangkakan air tetapi bkn air.

Surah An – Nuur: 39.

39. Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Di dlm surah Al- A’araf ayat 176 pula, Allah swt menggambarkan org2 yg mndustakan ayat2 Al-Quran adalah sprti anjing yg menjelirkan lidah.

Surah Al-A’araf : 176

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Dan cth terakhir ntuk entry kali ni adlh di dalam surah Al-Jumuah ayat 5, Allah swt menggambarkn bgaimana kaum yahudi yg mndustakan islam dan nabi Muhammad wlaupon perkara tersebut ada dceritakan didalam kitab taurat, tp mereka tetap mndustakannya adalah umpama keldai yg memikul kitab2 yg besar, sdgkan keldai itu xtau apa yg dipikulnya itu.

Surah Al-Jumuah : 5.

5. (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Begitulah misalan2 yg terdapat didalam Al-Quran yg Allah swt gambarkan. Terdapt begitu byk misalan n perbandingan yg ada, tdak dpt pnulis mnulisnyer semua di sni. Smoga bermanfaat ntuk kta semua n kta semua di bwh rahmatNya, wassalam :).