Happy Cat Kaoani

Thursday, April 28, 2011

SmS dan SmS lagi


Telefon bimbitku berbunyi,
ahh, dia lagi.. hati ku hepi,
telefon bimbitku berbunyi,
oooh, dia lagi..memg sangat hepi,


teringt ku di kala dulu,
saat dia hanya menjadi temanku,
teringt ku di satu tika dulu,
saat dia mengisi kekosonganku,


Di waktu itu aku gembira,
di waktu itu aku ceria,


ku tak pernah mengatakannya,
ku hanya menyembunyikannya,
sentiasa ku rindu padanya,
sentiasa ku ingt dirinya,


tapi persahabatan kita terhenti tanpa di duga,
ku akui kesalahanku,
ku akui keegoanku,
selepas itu tak pernah ku ceritakan dirimu pada sesiapa,
hanya mereka yang dekat dgnku mengetahuinya,


Ku tak tahu puncanya,
dirimu ku selidiki,
ku tak tahu sebabnya,
dirimu ku intipi,


terkadang ku cemburu,
terkadang ku gembira,
terkadang ada yang meragut hulu hatiku,
tak pernah jua ku ceritakan pada sesiapa,


tatkala hubungan ku retak menanti belah,
aku kembali mencarimu,
ku tak tahu mengapa,
mungkin kerna kau pengubat hatiku,


bila ku berduka,
kau memujukku dengan kata2 hikmah,
ayat2 skemamu sentiasa menghiburkan hatiku,


aku serba salah,
kerna mengganggumu dgn kiriman SMSku,
tapi kau tak jemu melayan karenahku,


kau abaikan keletihanmu demi aku,
ku hargai itu,
kau korbankan masa buatku,
kau buatku terharu,


aku jatuh cinta lagi padamu,
ku kasih lagi padamu
segala kedukaanku hilang dgn nasihatmu,
segala keresahanku hilang melihat santunmu,


Aku bersyukur dengan kehadiranmu,
menjadi sebab untuk aku menjadi seorang yang lebih baik,
aku sentiasa ingt pada pesanmu,

bercinta kerana Allah,
bercinta hingga ke syurga,



akan ku genggam janjimu,
akan ku genggam janjiku,
untuk menjadi seorang muslimin yang lebih baik,
untuk melahirkan zuriat ke arah yang lebih baik,


Semoga hubungan kita diredhaiNya ....

(da lama da wat puisi ni-dtg trus dr hati, bru skrg letk dlm blog untuk tuntunan umum... :))

No comments:

Post a Comment